SEJARAH UMUM POLITIK MUAR: ORANG MELAYU DAN CINA TIDAK SABAR UNTUK MENUBUHKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT BERKEBAJIKAN


SEJARAH UMUM POLITIK MUAR: ORANG MELAYU DAN CINA TIDAK SABAR UNTUK MENUBUHKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT BERKEBAJIKAN

Kelmarin (28 Januari 2013), ketika dalam perjalanan pulang dari Pontian ke Kuala Lumpur, Tun Sheikh singgah sebentar di kampong halaman, Muar. Tun Sheikh pergi ke rumah kawan lama di Parit Tarom, Parit Jawa berdekatan dengan rumah bapa mertua Tun Sheikh. Ojak sahabat Tun Sheikh ini ialah seorang guru kerajaan. Sebelum reformasi , dia ialah orang kuat UMNO di Parit Jawa tetapi apabila berlaku pemecatan DSAI dan reformasi, Ojak menjadi menyokong tegar reformasi dan terus meninggalkan Amno. 

Tun Sheikh bertanya Ojak mengenai pendiriannya terhadap Parti Keadilan. Seperti diketahui,  ahli-ahlinya adalah bekas orang Umno. Tun Sheikh berasa mereka tidak beberapa kuat atau teguh  pendirian dalam soal memegang amanah rakyat seperti ahli-ahli PAS kerana mereka tidak mempunyai  pengetahuan agama Islam yang formal dan mendalam. Adalah dikhuatiri mereka juga akan seperti orang Umno apabila mendapat kuasa. Tun Sheikh  Terkejut apabila Ojak menafikan dirinya sebagai ahli Parti Keadilan. Dia kata, dia  terus menjadi ahli PAS ketika diajak menyertai  Parti Keadilan  yang baru tertubuh. Dia menyertai PAS melalui orang  ABIM yang  Tun Sheikh perkenalkan kepadanya. Sahabat ABIM ini telah bergiat aktif dalam PAS setelah berlaku reformasi dulu.  Ojak terus mesra dan telah menjadikan rumah dan halaman rumahnya yang luas sebagai markas penerangan dan ceramah PAS.

 Di peringkat awal, katanya memang menjadi sebutan seluruh masyarakat kampongnya sehingga didengar sampai ke Bandar Muar sejauh 11 km dan ke Semerah di  selatan iaitu sempadan daerah Batu Pahat. Dengan begitu bersemangat dia menceritakan di rumahnya, Mat Sabu, Dato’ Hassan Ali, Tuan Guru Hadi dan orang besar PAS Johor sering datang berceramah sehinggalah sekarang dan dia masih aktif sebagai setiausaha. Tun Sheikh terus bertanya bagaimana perhubungan beliau dengan kawan-kawan lain yang kebanyakannya menyertai Parti Keadilan kerana aktif dalam ABIM Muar masa muda-muda dulu.  Ojak memaklumkan bahawa, mereka semua masih berhubungan dan masih erat kerana PAS dan Keadilan telah bergabung malah sahabat Cina kami yang dulu berminat dan aktif dalam MCA sudah masuk DAP. 

Perbualan kami bertambah rancak sehingga tidak banyak bertanya khabar mengenai hal ehwal keluarga atau adik beradik yang kesemuanya Tun Sheikh kenal. Arwah bapa Ojak pernah jadi DO Batu Pahat pada tahun 60-an dan bila bersara beliau menetap di Parit Tarom, Parit Jawa. Keluarga beliau memang terkenal dan penyokong kuat Amno. Bapa beliau boleh dikatakan biasa dengan Allahyarham Tun Abdul Razak kerana ibu Najib, Toh Puan Rahah ada pertalian dua pupu dengan bapanya. Datuk Ojak adalah berketurunan Orang Kaya Muar. Bila sebut keturunan Orang Kaya Muar, mereka memang terkenal sebagai keluarga pemimpin masyarakat. Keturunan Orang Kaya Muar berasal usul  daripada keturunan Melayu Bugis Campa yang menguasai Daerah Padang ( Muar pantai tebing kanan Sungai Muar hingga ke selatan bersempadan Sungai Batu Pahat).

 Keluarga besar ini ini telah melahirkan banyak pimimpin moden yang berpelajaran tinggi dalam dua bidang sama ada agama atau sekular. Anak cucu mereka yang terkenal ialah seperti Datuk Mohd Yasin dan anaknya Dato’ Abd Rahman dan cucunya Tun Dr. Ismail, Tan Sri Md Noah, Tan Sri Osman Saat, Tan Sri Hassan Yunos, Orang Kaya Abu Bakar Bedu, Abu Bakar Alim, Orang Kaya Joned, Orang Kaya Omar, Dr Hamzah, Tun Dr Awang Hassan, Dato’ Ali, Dato’ Md Nor, Tan Sri Abdul Kadir Samsudin dan lain-lain. 

Orang bijak pandai Muar, atau pembesar Muar dikatakan lebih berfikiran terbuka, menghormati adat resam dan panjang akal. Tidak kira sama ada berpendidikan agama atau sekular. Jika dibanding dengan pembesar Johor yang berasal dari Johor Baru, perbedaannya ialah pemikiran mereka seolah terikat dengan sistem lama atau adat feudal. Hal ini disebabkan susur galur keturunan mereka adalah dari kerabat dan pembesar istana yang diwarisi dari kerajaan Melayu Johor Pahang. Kerajaan ini mengikut sejarah adalah warisan dan legasi Kesultanan Melayu Melaka.

Orang Muar yang mengikut adat temenggong sudah kurang pengaruh feudal kerana sistem pemerintahan Raja Temenggong Muar (Pagoh-Segamat) menguatkuasakan undang-undang, peraturan atau perintah tidak seperti seorang raja atau sultan yang mutlak atau tidak boleh dipersoal. Orang Muar di sebelah pantai pula (Padang), adat sistem penghulu dan orang kaya mereka meskipun terikat dengan Temenggong Johor di Teluk Belanga tetapi tidak terikat dengan adat istana. Mereka hidup maju dengan hasil perkebunan dan perdagangan hasil kebun mereka.

 Pendapatan mereka lebih lumayan daripada yang makan gaji dengan kerajaan. Jika dikira pendapatan ketika itu dengan sekarang, pegawai kerajaan bergaji sebulan RM4,000 adalah sama dengan pendapatan seorang daripada hasil kebun atau penjualan hasil kebun sebanyak RM15,000.  Hal ini mempengaruhi cara mereka berfikir lebih-lebih lagi budaya adat berkebun,  berdagang atau berniaga dan berpelajaran tinggi menjadi seperti kemestian dan berpengaruh di Muar. 

Manakala orang Muar disebelah Kesang pula bebas menjalani hidup sendiri kerana daerah ini hanya pada nama sahaja memiliki sultan tetapi pada kenyataannya mereka terpaksa berusaha sendiri  dan tidak bergantung kepada perusahaan sultan Muar-Kesang.

Jika ikut sejarah, kepekaan untuk memulakan sesuatu pembaruan dan perubahan sosial adalah di Muar. Ketika usaha memodenkan Johor dahulu, Muar telah menerajuinya apabila Bandar Maharani dibuka pada 1884. Begitu pula dengan pemikiran memperbaiki cara hidup sama ada agama atau bersosial sebelum zaman perang. Selepas Pendudukan Jepun, Muar juga memulakan pemikiran menuntut persamaan hak dan menaikkan tarafhidup melalui pelajaran, kesihatan dan akhirnya memacu kepada kemerdekaan. Berikutan daripada itu ramai tokoh-tokoh Muar terlibat langsung dalam perjuangan kemerdekaan seperti Dato’ Abdul Rahman Yasin sekeluarga, Dr Awang Hassan, Tan Sri Noah, Dato’ Hj Kosai, Dato' Hassan Yunos dan lain-lain. 

Hal pengaruh permodenan ini sebenarnya masih berterusan sehingga ke hari ini. Muar tercatat telah menerima idea pembangkang apabila penyelewengan UMNOBN ketara. Kelmarin apabila Tun Sheikh bertanya prihal sokongan orang Cina terhadap pembangkang, Ojak dengan bangga mengatakan bahawa orang Cina yang menyokong BN atau MCA kelihatan malu untuk menampilkan diri kecuali dengan tidak segan silu telah mengaku tidak lagi mengikut MCA kerana menyokong DAP atau Keadilan. 

Apabila ditanya berapa peratus, Ojak dengan segera mengatakan jika ditanya kepada orang Cina sendiri, mereka akan menjawab dengan bangga bukan 80 atau 90% tetapi hampir 100% menyenangi Pakatan Rakyat. Mereka tidak sabar menunggu PR13 kerana hendak melepaskan dendam kepada UMNOBN yang selama ini telah menipu mereka dengan kefahaman Islam yang salah dan politik mengugut dan menakut-nakutkan yang mengongkongi mereka selama ini semenjak merdeka. Mereka juga sudah bosan dan benci amalan rasuah UMNOBN. Mereka berharap PR akan berjaya menubuhkan kerajaan Malaysia  Berkebajikan dan UMNOBN mendapat pengajaran dan mempelajari kesilapan.

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Muar 28.1.2013

2 comments:

En.Madah said...

saya sedang mencari keturunan saya kemungkinan keturunan ali bin said, jikalau ada yg mengetauhi, mohon whatapps saya 010-7026974 ,untuk saya mencari salahsilah saya, terima kasih.

Unknown said...

Assalamualaikum saya mencari keturunan saya iaitu orang kaya joned...jika ada sesiapa yg tahu atau pun kenal atau tahu cerita tentang ini boleh hubungi saya di 012-6304853 ataupun whatapps...terima kasih

Post a Comment

 
Copyright 2009 Sejarah
BloggerTheme by BloggerThemes | Design by 9thsphere