Sejarah Penubuhan MAGERAN dan BARISAN NASIONAL
BN ialah kependekaan ejaan
Barisan Nasional. Barisan Nasional
ditubuhkan pada tahun 1971 setelah pembubaran MAGERAN (Majlis Gerakan Negara).
MAGERAN ditubuhkan setelah Kerajaan Perikatan mengisytiharkan DARURAT berikutan
Peristiwa 13 Mei 1969. MEGERAN telah diketuai oleh YAB Tun Abdul Razak bin
Hussein, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Majlis ini diberi kuasa penuh
mentadbir sementara Negara dan bertanggungjawab membuat penyiasatan dan
mengambil tindakan mengatasi permasaalahan
yang timbul sehingga menyebabkan berlakunya keganasan dan rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Ahli MAGERAN terdiri daripada tokoh-tokoh dan
ketua politik pelbagai kaum, pemimpin-pemimpin kesatuan masyarakat bukan
kerajaan dan politik, pakar pelbagai
bidang, Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Hakim Negara.
Tokoh yang sangat besar memainkan peranan dalam MAGERAN ialan Tun Razak
sendiri, Tun Dr. Ismail dan Tan Sri Ghazali Shafie. Buah tangan MAGERAN ialah penubuhan Barisan
Nasional menggantikan PERIKATAN dimana YM Tunku Abdul Rahman terpaksa
melepaskan jawatan Perdana Menteri kerana dianggap salah satu penyebab tercetus
Peristiwa 13 Mei. Beliau dituduh terlalu bias kepada kaum asing terutama Cina dan India sehingga mengabaikan kepentingan bangsa
Melayu.
Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku
kerana ketidakpuasan orang Melayu terutamanya UMNO apabila calon-calon
Perikatan kalah teruk di handar-bandar besar. Kemarahan dan ketidakpuasan ini
memuncak apabila melihat kerenah dan kebiadapan parti DAP menunjukkan
keangkuhan dalam perarakan meraikan kemenangan besar calon-calon parti itu di
Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang. Ketika itu parti DAP dan lain-lain kecuali
UMNO dan MIC amat jelas berjaya mempengaruhi kaum Cina dengan isu-isu perkauman
dan bercita-cita merampas kuasa melalui pilihanraya. Pembantaian, pergelutan
dan pergaduhan yang bermula di Kampung Baru Kuala Lumpur cepat merebak ke
Setapak, Jalan Raja Laut dan kawasan berdekatan seluruh Kuala Lumpur. Banyak
nyawa melayang dan terkorban.
Kerajaan telah membubarkan parlimen dan mengisytharkan
Darurat pada 16 Mei 1969. MAGERAN ditubuhkan dan mengambilalih kuasa
pemerintahan. Perintah berkurung seluruh negara terutamanya Kuala Lumpur
dikuatkusakan serta merta. Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang dikawal rapi
oleh angkatan bersenjata MAGERAN. Setelah dua minggu perintah berkurung , pihak
keselamatan mengambil masa selama 2 bulan membersihkan sampah-sarap,
kenderaan-kenderaan, rumah-rumah dan kedai-kedai yang rosak, terbakar dan yang musnah. Beratus
nyawa dari pelbagai kaum terutamanya Cina dan Melayu melayang dan banyak nama-nama yang didaftar masih hilang hingga ke
hari ini.
Apabila keamanan pulih seperti
sediakala dan segala perancangan MAGERAN berjalan lancar, kuasa pun diserah
kembali kepada parlimen dan MAGERAN dibubarkan. Barisan Nasional diketuai oleh
perdana menteri baru YAB Tun Abdul Razak dan Timbalannya Tun Dr. Ismail. Misi
dan objektif Barisan Nasional pada mulanya kelihatan begitu jelas untuk
kebajikan dan perpaduan kaum disamping memajukan ekonomi secara pratis dan adil
berpandukan Dasar Ekonomi Baru, Dasar Muhibah dan Perpaduan dan semua rakyat
dikehendaki berpegang teguh kepada Etika dan Prinsip Rukunegara yang
diperkenalkan.
Parti pembankang juga dipelawa
menyertai Barisan Nasional memerintah
Negara untuk kebaikan semua rakyat. Di antara parti pembangkang yang tertarik
dengan keikhlasan Barisan Nasional ialah Parti Gerakan dan PAS yang telah turut
serta menjadi kerajaan dalam Barisan Nasional. Tetapi bagi PAS, mereka terasa
tekanan demi tekanan dikenakan secara halus sehingga menyentuh dasar prinsip
perjuangan PAS iaitu menjadikan Islam dalam segala hal bernegara dan budaya
hidup. PAS terasa digula-gulakan dengan anugerah jawatan menteri kepada
presidennya Dato’ Asri dan timbalan menteri kepada Dato’ Mustapha Ali.
Apabila PAS terasa banyak
prinsip-prinsip asas perjuangan parti diminta ubah dan dikurangkan oleh Umno,
PAS mengesan penipuan dan terjerat dengan helah politik Umno lalu keluar dari
Barisan Nasional menyertai kumpulan pembangkang. PAS amat bersyukur
kerana menyedari penipuan halus Umno di peringkat awal. Mereka mendapati Umno
sering bersikap hipokrit dengan alasan politik pada hal sebenarnya Umno selama
ini kuat kerana aura tipu dan helah yang membudaya dalam masyarakat Melayu yang
dihayalkan dengan pembangunan. Apabila Umno mendapati pengaruhnya sudah kuat,
mereka mula mengkhianat khususnya kepada parti-parti lawan termasuk PAS semasa
di dalam Barisan Nasional kerana PAS dianggap sering menjadi batu penghalang
terhadap program-program yang menguntungkan politik dan pembangunan fizikal
termasuk ekonomi tetapi tidak dipersetujui PAS kerana melanggar dan
bertentangan syariat Islam.
BN terus dengan agenda mereka
khususnya dengan perancangan Dasar Ekonomi Baru, Rancangan Pembangunan Lima
Tahun, Rancangan Pendidikan Kebangsaan, Rancangan Hijau Pembangunan Pertanian
dan lain-lain. Semuanya pada dasarnya adalah bagi kepentingan Melayu. Untuk
keadilan dan kestabilan ekonomi semua kaum, kearah keharmonian dan keamanan dan
kemajuan Negara. Terlalu banyak kelemahan kerana kurang kepakaran dan ahli dari
kalangan Melayu. Akibatnya lebih banyak yang gagal dari yang berjaya. Kerajaan
mengeluarkan banyak belanja memberi latihan, memantau, dan memberi modal tetapi
banyak juga yang khianat dan belot sehingga mengujudkan budaya baru dalam
ekonomi iaiti ALI BABA dan Kumpulan
Pakar Perunding yang menyeleweng.
Sejak dari penubuhan BN, pelbagai
kerenah dan aktiviti sama ada yang positif dan negative dilalui dan dialami
menjadi pengalaman kepada Melayu Umno. Sehingga ke hari ini, wajah-wajah
mereka sangat jelas menggambarkan apa
yang ada dalam minda dan hati mereka. Jika ditanya kepada orang alim agama yang
sememangnya tidak disukai oleh Umno kerana mengetahui firasat dan rahsia
mereka, jawapannya ialah “ kebanyakan mereka memancarkan aura hipokrit kerana
kepentingan diri, nafsu dan duniawi.”
Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Tanjung Puteri JB 30.12.2013