HASIL KEBUDAYAAN PURBA
MELAYU YANG TERABAI
Jika dinilai dari segi budaya kehidupan diantara bangsa Cina
dan Melayu, adalah tidak dapat dinafikan bahawa bangsa Cina lebih tua dari
bangsa Melayu. Kebudayaan mereka dari segi budaya berkerajaan dan menghasilkan
hasil seni budaya memang amat tinggi dan telah terlalu lama. Hal ini telah
terbukti dengan pelbagai penemuan hasil kebudayaan berbentuk artifak
peninggalan dan juga dokumen-dokumen dan rekod yang menjadi bahan bukti. Hanya
baru-baru ini (2010) satu hipotesis telah diterima ke arah menjadi teori sains
bahawa bangsa Melayu adalah patriarch
kedua penyebaran bangsa manusia di muka bumi ini dengan terjumpanya hasil
kebudayaan manusia purba di daerah Gerik dan Lenggong, Perak.
Peralatan purba itu membuktikan telah wujud tamadun di situ
dan apa yang sangat membanggakan ialah bukti sains menunjukkan ia berusia 1.8
juta tahun iaitu tempat kedua selepas Orang Hitam Afrika di benua Afrika yang
berusia 1.9 juta tahun. Pakar-pakar pengkaji fosil purba bersetuju meletakkan
Malaysia sebagai pusat kedua penyebaran manusia awal di dunia setelah Afrika
setakat ini. Mereka berasa yakin bahawa bahan bukti masih banyak lagi boleh
dicari di tapak yang masih terbenam dan berkemungkinan penemuan artifak-artifak
baru berupaya merungkai teori binatang purba di Thailand, manusia purba Cina,
malah daratan purba yang dikatakan bercantum pada asalnya di zaman dahulu.
Pakar-pakar sejarah purba, antropologi dan arkeologi dari
dalam dan luar negeri bertambah ramai menunjukkan minat untuk meneruskan
pengkajian dan penyelidikan sains mereka tetapi dipandang sepi oleh kerajaan
Malaysia yang begitu sibuk mengumpul dan membahagi-bahagikan kekayaan negara
kepada kroni atas tiket pembangunan demi kepentingan diri sendiri sehingga
mengabaikan betapa pentingnya
projek-projek ilmuan bertaraf dunia ini diutamakan demi maruah bangsa
dan tamadun dunia.
Jika pemimpin UMNO peka dan peduli untuk memartabatkan budaya
bangsa Melayu purba ini, tentu sekali bangsa Melayu secara otomatis akan
terangkat dan menjadi bangsa yang dihormati di dunia. Malang sekali pemimpin
UMNO yang menerajui kerajaan Malaysia meskipun telah diiktiraf oleh
negara-negara luar sebagai bangsa yang begitu tolerans dan mudah menyesuaikan
diri mengikut perubahan zaman dan keperluan keadaan sehingga berjaya
mengekalkan kesinambungan hidup dan kebudayaan Melayu ke hari ini kelihatan
tidak sampai pemikiran dan wacana pemahaman terhadap kepentingan jumpaan hasil
budaya purba yang berupa peralatan batu manusia purba itu.
Mereka kelihatan tidak nampak bahawa hasil budaya yang telah
terbukti mengikut kajian sains itu menunjukkan pemilik atau penggunanya adalah
manusia yang telah bertamadun dan usianya hampir-hampir menduduki tempat
pertama tertua di dunia jika dibanding dengan beberapa hipotesis yang
membuktikan usia pengguna peralatan purba tersebut mungkin adalah lebih tua
lagi. Ini hanya dapat dibayangkan jika teori era pengetahuan penggunaan
peralatan batu digunapakai kerana manusia pertama dikatakan tidak menggunakan
peralatan dalam mengharungi hidup mereka pada era pertama sebelum berevolusi
atau berpengetahuan untuk menggunakan peralatan bantuan bagi memudahkan
survival hidup seharian.
Secara teorinya
manusia pertama mengambil masa beratus ribu tahun untuk masuk ke era pengguna
peralatan purba berasaskan batu. Sehubungan itu jika dibandingkan peralatan
yang dijumpai di Malaysia dengan di benua Afrika yang berbentuk fosil kerangka
manusia pertama yang tidak lengkap dapat membayangkan bahawa peralatan purba di
Malaysia berkemungkinan berupaya meletakkan bangsa manusia pertama berasal di
sini jika berpandukan teori itu tadi. Malang sungguh pemimpin negara ini tidak
berminat atau sebenarnya tidak mempunyai kecerdikan walau hanya illusi atau
berimejinasi dalam hal yang penting ini.
Pemimpin Melayu UMNO juga
tidak berasa gairah dengan penemuan sains yang mengatakan kawasan Asia
Tenggara menepati 27 daripada 50 ciri-ciri tamadun termaju dan tertua yang pernah wujud dan
hilang dikenali sebagai benua atau negeri Atlantis. Penemuan ini dijumpai
sekitar 2008. Pengkajinya seorang professor pengkaji purba percaya
hipotesis-hipotesis lain yang mendakawa sebagai tamadun Atlantis seperti
tamadun Mayan dan Inca di Peru, tamadun Indian Amerika Syarikat, tamadun purba
Mexico mahupun tamadun Gurun Gobi di benua Asia adalah tidak menepati atau
ciri-cirinya tidak lebih dari 10 sahaja berbanding Atlantis Asia Tenggara
sebanyak 27 ciri-ciri persamaannya.
Kerajaan Malaysia juga tidak peka dan tidak berminat terhadap
jumpaan pengkaji pakar DNA (2006) dimana ciri-ciri DNA dalam tubuh bangsa Melayu
mempunyai paling banyak persemendaan atau percampuran dengan DNA bangsa-bangsa
besar tamadun manusia dalam dunia. DNA atau darah Melayu memiliki DNA yang
berkaitan atau mempunyai asal serupa dengan bangsa Arab, Mesir, Yahudi, India,
Farsi, Monggol dan lain-lain yang dianggap sebagai patriarch bangsa manusia dalam sejarah tamadun dan sejarah
kebudayaan purba. Adalah sangat menarik apabila penyelidikan sains DNA
mendapati ciri-ciri keserupaan DNA yang terdapat dalam bangsa Melayu moden pada
hari ini bukanlah hasil persemendaan sekunder tetapi sebagai primer kepada
pengembangan DNA lain yang lebih muda atau terkemudian. Dalam perkataan lain,
ciri-ciri DNA bangsa Melayu adalah punca segala bangsa jika pegertian itu boleh
digunapakai.
Kesimpulannya, ke manakah arah tuju pemimpin UMNO mahu
membawa budaya hidup Melayu yang unggul ini? Mereka mendakwa merekalah pejuang
dan pembela bangsa Melayu tetapi mengapa tiada kepekaan dalam memartabatkan
maruah bangsa melalui jumpaan-jumpan sains ini? Apa yang sedang mereka
praktiskan atau amal mahupun membudayakannya adalah tidak lain dan tidak bukan
hanyalah ketidakwajaran selaku bangsa yang bertamadun tinggi. Ini adalah kerana
mereka tidak dapat melihat martabat dan kebudayaan tinggi Melayu yang
tersembunyi. Mereka asyik dan leka memuaskan nafsu dan bermaruah rendah. Budaya
fitnah dan nafsu seks dan keserakahan terhadap wang ringgit dan harta dunia
telah menutup kebijaksanaan bangsa mereka yang unggul. Ciri-ciri budaya yang
sedang mereka amalkan, jika dirujuk kepada rekod sejarah tamadun manusia,
adalah ciri-ciri ke arah memupuskan diri dan menjadi pupus.
Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Muzium Kota Lama
Jakarta 30.9.2012