Apa Istimewa dan Hebatnya Pakatan Rakyat ( PAS, PKR, DAP) dan Barisan Nasional
(UMNO, MCA, MIC dll)
Ramai orang tertanya-tanya apakah
keistimewaan dan kehebatan Pakatan Rakyat (PAS, PKR, DAP) berbanding BN (UMNO,
MCA, MIC dll)? Jika mengikut trek rekod pemerintahan atau pentadbiran Negara,
rekod lama dan berkemajuan mahupun aktif membangun, BN memang menjadi
kebanggaan rakyat. Tetapi apakah tiada hak BN menuntut kelansungan kesetiaan
rakyat terhadap mereka memandangka jasa dan pergorbanan mereka memajukan Negara
adalah amat besar. Mereka sering mengajukan soalan mengapa pada ketika ini
rakyat seolah-olah tidak menyokong BN dan kelihatan seperti tidak mengenang
jasa sehingga perbidalan ‘kacang lupakan kulit’ sering digunakan. Pada hal
mereka telah bertungkus lumus berusaha memajukan Negara dan menjaga keamanan
sehingga dapat bertahan hampir 56 tahun sejak merdeka pada 1957.
Secara rengkas, Tun Sheikh ingin mengatakan bahawa
UMNOBN memang bagus sejak dari dulu kerana dipelopori oleh tokoh-tokoh
berpendidikan tinggi,bijaksana dan pintar,
ikhlas, amanah dan hebat-hebat kewibawaan dan ketokohan mereka. Mereka
berjaya menunjukkan persefahaman dan toleransi yang tinggi diantara sesama kaum
dan juga dengan yang berlainan seperti di antara Melayu dengan Cina dan India
yang menjadi induk kesepakatan dalam PERIKATAN dan kemudiannya Barisan
Nasional. Persefahaman dan kesepakatan mereka sangat bermutu dan memiliki nilai
sejagat yang amat tinggi sehingga pemerhati dan penganalisis dari luar juga
mengagumi mereka. Ini adalah kerana persefahaman dan kesepakatan mereka yang
terdiri dari berbilang kaum berjaya menidakkan keujudan kumpulan pendesak lain
sama ada dari golongan politik, social mahupun pekerja atau ekonomi. Ini termasuk pelbagai kumpulan yang
menjadi persaingan dengan mereka.
Dalam menyusuri rantaian
perjalanan, perkembangan dan kemajuan dari peringkat awal penubuhan sehinggalah
sekarang sebenarnya pelbagai liku dan pengorbanan mahupun pengalaman pahit
banyak dilalui oleh BN. Hal ini telah mematangkan mereka dalam sejarah
pergerakan dan pembangunan politik mereka. Mereka dianggap terbaik kerana lama
bertahan sehingga melebihi separuh abad dan bakal mencipta rekod dunia sebagai
sebuah entity politik yang terlama memerintah dan mentadbir sebuah Negara yang
merdeka. Kredit dan pujian-pujian ini adalah tertuju secara khusus kepada UMNO dengan
sekutunya yang menjadi parti induk dalam BN. UMNO ditubuhkan pada 1946 dan
masih bertahan sehingga ke hari ini. Namun pada hakikatnya sangat banyak
pengorbanan dan perlepasan hak Melayu telah dikorbankan dan ini tidak disedari
oleh rakyat biasa.
UMNO telah tergugat secara
besar-besaran apabila ahli-ahli
pendokong Biro Islamnya yang terdiri dari para ulamak dan pencinta agama tidak
bersetuju dengan pengorbanan dasar parti yang mengutamakan pendidikan skular
sebagai dasar UMNO. Pada 1951 UMNO kehilangan pakar agama yang telah keluar
beramai-ramai menubuhkan PAS. PAS sehingga kehari ini masih wujud dan semakin
kuat dan berpengaruh. Kelebihan dan keistimewaan PAS ialah memiliki dan
mengamalkan dasar dan prinsip
berdasarkan Islam yang memegang teguh kepada panduan dan rujukan kepada
sumber Quran dan Hadis. PAS membawa penentangan terhadap kebatilan dalam UMNO
dari dahulu hingga sekarang.
UMNO memang mengharapkan PAS
lenyap dan luput kerana sering menjadi kekangan dan membatasi aktiviti dan
programnya yang menyalahi syariat Islam.
PAS kini menjadi persaingan hebat kepada UMNO dan perjuangannya yang sentiasa dan terus istikamah sangat dicemburui UMNO.
Meskipun PAS berhadapan dengan pelbagai dugaan dan fitnah tetapi mereka tetap
menjalankan amanah agama sehingga boleh dikatakan sebagai polis yang mengawal
dan pengimbang budaya Melayu. Keistimewaan dan kehebatannya meskipun berasal
usul dari UMNO, PAS terus berjaya menjadi entity memperjuangkan syariat Islam supaya
tidak diketepikan dalam budaya bangsa Melayu.
UMNO terus dengan sejarah
menuntut kemerdekaan 1957 dengan Penubuhan Perikatan, Pembentukan Malaysia
1963, Perpisahan Singapura 1965, Peristiwa Hitam 13 Mei 1969, Darurat dan
MAGERAN 1969-1971,Pembentukan Barisan Nasional 1971, Pengharaman UMNO 1985 dan UMNO Baru, Pemecatan TPM dan kebangkitan Reformasi 1998,
Perlepasan jawatan PM yang dituduh
otokratik 2003, Pembentukan Pakatan Rakyat 2008 dan Tsunami Politik Pembangkang
dan ketika ini tekanan kepada politik wang dan perkembangan politik budaya
rasuah.
UMNO terus dapat bertahan dan
dapat terus membangunkan Negara. Ini merupakan keistimewaan dan kehebatan UMNOBN.
Kecemerlangan dan kegemilangan UMNOBN mulai merosot di zaman Dr.Madey yang mengimarakkan budaya kroni dan
nepotisma di sebalik Dasar Pandang Ke Timur dan Penswastaan Negara. Kecenderungan
mentadbir secara otokratik menyubur dan budaya rasuah berleluasa di peringkat
tertinggi. Ketika ini banyak tokoh pemimpin pelapis yang berbakat telah keluar
dan enggan menyertai UMNOBN . Meskipun dalam panorama yang menurun tetapi
kelihatan masih gah dan dapat bertahan kerana publisiti projek mega yang
dianggap berjaya.
Keistimewaan dan kehebatan Parti
Keadilan Rakyat (PKR) pula adalah kerana dibarisi oleh pemimpin muda berbakat
dan ahli –ahli UMNO yang anti rasuah,
kezaliman dan penindasan, anti kroni dan nepotisma dan anti otokrasi yang
dituduhkan kepada pemimpin tertinggi UMNO iaitu Dr Madey. PKR tertubuh hasil
dari perjuangan ‘Reformasi’ yang dicetuskan oleh TPM DSAI yang dipecat dan
dipenjara oleh Dr Madey kerana enggan bekerjasama menyelamatkan syarikat mega
kroni-kroninya. Keahlian mereka terbuka kepada semua bangsa dan telah mendapat
sambutan hangat serta pesat membangun . PKR terus aktif sehingga ke hari ini.
Semua rakyat terutama yang pro UMNOBN
yang menyokong dasar keadilan yang diperjuangkan telah menyertainya termasuk
dari MIC dan MCA yang tertekan dengan dasar-dasar Dr Madey dan amalan pentadbiran
otokrasinya. Jelas, keistimewaan dan kehebatan PKR ialah perjuangan terhadap
anti rasuah dan keadilan kepada semua rakyat.
Manakala DAP, dapat merasakan
perjuangan parti mereka selama ini sejak berpisah dengaan parti induknya iaitu
PAP di Singapura dan bersaing dengan MCA yang dikongkongi oleh UMNO perlu bersekutu dengan meninggalkan
sentiment perkauman yang dilabelkan kepadanya. Mereka tidak menerima parti
mereka DAP dianggap rasis kerana keahliannya adalah terbuka kepada semua kaum
tidak seperti UMNO, MCA dan MIC. Dasar perjuangan mereka juga terhadap pelbagai
isu menuntut keadilan dan persamaan hak selaku warganegara Malaysia tanpa
membelakangi atau menentang ketetapan
Perlembagaan Malaysia khususnya yang berhubungan dengan isu Hak-hak Keistimewaan
Bumiputera. Mereka sedar kerasisan yang dinafikan oleh mereka sering dipolimik
dan mereka sering difitnah berfahaman
atau setidak-tidaknya menyokong komunis.
Apabila PAS, PKR dan DAP bersatu
dalam Pakatan Rakyat, objektif perjuangan mereka bertambah terserlah. Kompromi
dan toleransi tinggi mereka seolah-olah pengganti kepada BN yang terus merosot
kerana budaya rasuah mereka telah membarah dan teguran demi teguran rakyat
tidak dipedulikan. AMNOBN kelihatan begitu rakus mengumpul harta dan kekayaan
untuk kepentingan pribadi sehingga kelihatan bersaing dengan begitu hebat sesama
sendiri.
Pada waktu yang sama kesempitan hidup rakyat bawahan dan seruan
meminta penyelesaian masalah kesempitan hidup tidak dihiraukan oleh AMNOBN.
Mereka asyik berlumba sesama sendiri mengambil peluang yang terhampar sehingga
terlupa kepada amanah dan sanggup menyeleweng dan pecah amanah. Sikap sombong
dan angkuh sangat mengecewakan rakyat. Permintaan supaya mereka membasmi dan
mengatasi masalah budaya rasuah yang tidak dihiraukan bertukar kepada keinsafan
dan keinginan rakyat untuk menggantikan mereka dengan pemimpin atau parti lain yang lebih
berwibawa, amanah, istimewa dan hebat
daripada mereka. Semoga PR 13 berjaya
menginsafkan AMNOBN!!
Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Parit Jawa Muar 4.5.2013